BAB 1
Seminggu lagi peperiksaan akan bermula. Semua pelajar semakin sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut maklumlah keputusan peperiksaan ini akan menentukan masa depan mereka kelak. Sama ada mereka mampu menjejakkan kaki ke Universiti ataupun tidak. Rata-ratanya pelajar akan mengimpikan kehidupan di Universiti namun tidak kurang juga yang memasang niat untuk terus bekerja kerana tidak ingin lagi terbeban dengan pelajaran. Di suatu sudut ruang kelas, kelihatan seorang pelajar yang sungguh tekun melihat nota-notanya. langsung dia tidak menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sibuk berborak bersama rakan malah ada juga pelajar lelaki yang sibuk mengusik pelajar perempuan di dalam kelas tersebut.
" Maira.. ..", tiba-tiba satu suara menegurnya. Dia lantas berpaling ke arah suara tersebut.
" Maira... minggu ni kan minggu terakhir kelas, kau tak nak ucap apa-apa ke dekat 'buah hati' kau?", tanya suara itu lagi dengan diiringi dengan ketawa. Pelajar yang berhampiran si bertanya itu juga turut ketawa malah ada juga yang hanya melemparkan senyuman sumbing. Mendegarkan pertanyaan itu membuatkan hatinya tiba-tiba panas. disangkanya menjelang peperiksaan ini mereka akan lebih insaf namun rupanya tidak sama sekali. Bukan dia tidak tahu malah sudah sangat sering dirinya digosipkan dengan rakan mereka iaitu salah seorang daripada pelajar lelaki kelas tersebut. Dia tidak tahu bagaimanakah usikan itu boleh bermula sedangkan dia tidak pernah bercakap dengan lelaki tersebut secara peribadi. Dirinya juga tidak suka berhubung dengan mana-mana lelaki walaupun bekaitan pelajaran kerana dia lebih selesa tanpa kehadiran lelaki dalam aktivitinya. sebolehnya dia akan mengelak untuk melakukan apa-apa aktiviti yang melibatkan pelajar lelaki. walaupun demikian, dia tidak pula membenci golongan lelaki cuma sikapnya saja yang tidak selesa dengan kehadiran insan yang bernama lelaki.
"Senyap je.... kau tak ya serius sangat belajar la weii... aku tahu lah kau tu minah buku", melihatkan dirinya yang senyap, pelajar tadi menegur lagi. kali ini Humaira tidak lagi melihat mereka sebaliknya dia buat seolah-olah tidak mendengarnya. 'ikut kau lah nak cakap apa.. bukan aku rugi pun. melalak la kau kat situ, meroyan pun xpe. Aku xkisah pun'. gumamnya di dalam hati.
" hoi Farid, kau boleh kuatkan kipas tak? panas la.. ", tiba-tiba ada suara lain pula yang menegurnya. kali ini dia dibahasakan nama lelaki yang digosipkan dengannya pula. hatinya bertambah panas.dia tahu memang suara itu tujukan padanya kerana pada waktu itu pelajar lelaki yang bernama Farid itu tidak ada di dalam kelas. Dia menoleh ke arah suara tersebut. Dia sedikit terkejut melihat empunya suara tersebut. lelaki yang selama ini agak pendiam berbanding rakannya yang becok turut bersuara kali ini. disangkanya lelaki itu tidak turut terlibat memfitnahnya namun rupanya sama sahaja, Pelajar cemerlang malah merupakan pelajar contoh sekolah tersebut juga tidak terlepas dari membuat hatinya panas. sia -sia saja dia memuji lelaki tersebut suatu ketika dahulu kerana tidak pernah terbabit dalam kes fitnah dirinya bersama rakannya tetapi sangkaannya itu ternyata meleset sama sekali. huh.. lagi dasyat rupanya. Berani betul dia panggil aku nama tu. nama kawan baik sendiri pulak tu. si Farid pun satu kenapa macam tak pernah menafikan. Humaira berperang dengan perasaannya sendiri.
" Eh.. cepat lah lajukan kipas tu. Panas la..." pelajar itu bersuara lagi..manakala rakan-rakannya yang lain hanya tersenyum mengejek. kali ini dia tidak akan berdiam diri, belum puaskah dia diganggu. walhal dia tidak tahu apa kesalahan yang pernah dilakukannya terhadap mereka.
" sape Farid hah?. sejak bila saya tukar nama? ada awak nampak surat beranak saya tukar nama?. ada awak tahu mak ayah saya tukar nama saya? ... cantik cantik mak ayah saya bagi nama senang senang je awak nak tukar. Awak sape pada saya?. Saya Humaira la. Nur Syahidatul Humaira dan korang kenapa tak henti henti nak kacau hidup saya. saya salah apa pada korang?. pernah ke saya kacau hidup korang. pernah?? ". selesai mengungkapkan luahan hatinya, Humaira segera mengemaskan buku-bukunya dan segera meninggalkan kelas tersebut. dia langsung tidak menoleh lagi. hatinya terguris. kalau dulu dia mampu menahan, tetapi kali ini tidak. dia tidak sanggup mendegar tuduhan dilemparkan padanya. pelajar yang menegurnya tadi terdiam malah rakan-rakannya yang mengusik lebih awal juga terdiam. masing-masing terkesima dengan kata-kata humaira tadi selebihnya mereka tidak menyangka bahawa humaira akan membalas. kerana selama ini gadis itu hanya mendiamkan diri sahaja apabila diusik oleh mereka.
No comments:
Post a Comment