Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Sosiologi
Menjelaskan bahawa keadaan atau situasi sosial yang boleh
mempengaruhi kemunculan seseorang usahawan. Misalnya faktor sosial
seperti budaya, kewujudan model peranan, galakan masyarakat, pengalaman
dan latar belakang pendidikan.
Everett Hagen menyatakan usahawan
lahir daripada kalangan orang bawahan yang tidak berpuas hati dengan
keadaan kepincangan masyarakat pada masa itu. Perasaan tidak puas hati
ini seterusnya telah mendorong kemunculan usahawan yang berusaha untuk
mengatasi masalah tersebut.
Faktor dorongan ialah :
a.
Pengalihan negatif – contoh status pendatang, diberhentikan kerja,
bosan, marah, bercerai, kematian pasangan, tiada pilihan kerjaya
lain
b. Tempoh peralihan – menunggu keputusan peperiksaan, penjara, pusat latihan kemahiran
c. Tarikan positif – pengaruh daripada rakan kongsi, mentor, pelabur, pelanggan, keluarga
d.
Tolakan positif – laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang
kegiatan keusahawanan seperti bapa, kerjaya, pendidikan, pengalaman dan
kemahiran/latihan.
Teori Keusahawanan Mengikut pendekatan Psikologi
Bidang psikologi mengkaji bidang keusahawanan dari aspek ciri-ciri personaliti seseorang usahawan. Ciri personaliti seseorang seperti keperluan pencapaian, lokus kawalan dan kecenderongan mengambil risiko boleh membezakan seorang usahawan dengan bukan usahawan.
Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderong kepada fokus dalaman (di mana kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib). Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan.
Menurut McClelland(1971), teori keperluan kepada pencapaian atau ‘need for achievement’ adalah berdasarkan kecerdasan semasa kecil dengan menyatakan bahawa usahawan yang didorong untuk mencapai sesuatu kejayaan dipengaruhi unsur-unsur sejak dari zaman kanak-kanak yang menekankan faktor kecemerlangan, keibuan, berdikari dan dominasi dari bapa.
Usahawan adalah sebahagian daripada input pengeluaran selain daripada bahan mentah, tanah dan modal.
Kos bagi seorang usahawan ialah keuntungan. Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan.
Ahli Ekonomi Yang Memberi Sumbangan Dalam Kajian Keusahawanan
Joseph A. Schumpeter (1990) – Usahawan ialah merupakan pencetus inovasi dan membawa perubahan kepada pembangunan ekonomi. Usahawan juga adalah seseorang yang berani mengambil risiko.
Alfred Marshall (1946) – mendifinisikan keusahawanan sebagai satu bidang yang perlu melalui proses evolusi. Evolusi perniagaan melibatkan penuguhan sesebuah perniagaan sehingga kepada pembubaran perniagaan tersebut.
Cantillon – Usahawan merupakan pelaku ekonomi yang penting.
Bidang psikologi mengkaji bidang keusahawanan dari aspek ciri-ciri personaliti seseorang usahawan. Ciri personaliti seseorang seperti keperluan pencapaian, lokus kawalan dan kecenderongan mengambil risiko boleh membezakan seorang usahawan dengan bukan usahawan.
Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderong kepada fokus dalaman (di mana kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib). Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan.
Menurut McClelland(1971), teori keperluan kepada pencapaian atau ‘need for achievement’ adalah berdasarkan kecerdasan semasa kecil dengan menyatakan bahawa usahawan yang didorong untuk mencapai sesuatu kejayaan dipengaruhi unsur-unsur sejak dari zaman kanak-kanak yang menekankan faktor kecemerlangan, keibuan, berdikari dan dominasi dari bapa.
Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Ekonomi
Dalam bidang ekonomi keusahawanan menekankan aspek keuntungan dan kekayaan. Kedua-dua aspek ini akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan. Usahawan akan berusaha untuk mengenal pasti dan mencari peluang perniagaan yang dapat menjana keuntungan untuk organisasinya.Usahawan adalah sebahagian daripada input pengeluaran selain daripada bahan mentah, tanah dan modal.
Kos bagi seorang usahawan ialah keuntungan. Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan.
Ahli Ekonomi Yang Memberi Sumbangan Dalam Kajian Keusahawanan
Joseph A. Schumpeter (1990) – Usahawan ialah merupakan pencetus inovasi dan membawa perubahan kepada pembangunan ekonomi. Usahawan juga adalah seseorang yang berani mengambil risiko.
Alfred Marshall (1946) – mendifinisikan keusahawanan sebagai satu bidang yang perlu melalui proses evolusi. Evolusi perniagaan melibatkan penuguhan sesebuah perniagaan sehingga kepada pembubaran perniagaan tersebut.
Cantillon – Usahawan merupakan pelaku ekonomi yang penting.
Keusahawanan dan segala aktivitinya merupakan usaha yang dipandang
sebagai ibadah di dalam Islam kerana Islam itu adalah cara hidup yang
meliputi hidup di dunia dan di akhirat.
Daripada pandangan Islam, kegiatan perniagaan adalah tinggi dan mulia selagi perjalanannya tidak melanggar lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
Terdapat beberapa asas pertimbangan yang menjadikan aktiviti ekonomi yang dilakukan dikira sebagai ibadah iaitu:
Aqidah mestilah betul
Niat mestilah betul
Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam
Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai
Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN USAHAWAN DALAM PERNIAGAAN
Bidang
keusahawanan telah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya dan telah
menjadi keutamaan dalam pelbagai dasar kerajaan. Pengiktirafan dan
penekanan serius pihak kerajaan terhadap program pendidikan dan latihan
keusahawanan bermula selepas tahun 1995 iaitu sejajar dengan penubuhan
Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU) yang bertujuan membangunkan minat
keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah, universiti dan masyarakat
keseluruhan (Bukryman et al., 2008).
Wim
Naude (2010) menganggap usahawan sebagai golongan pengusaha dan peniaga
yang sanggup menanggung risiko, sentiasa berusaha untuk melakukan
inovasi dan bijak serta kreatif dalam mendapatkan cara meningkatkan
kekayaan, kekuasaan dan status sosial.
Faktor Penglibatan Usahawan dalam Perniagaan
Berdasarkan
hasil kajian, faktor yang paling kuat menyumbang penglibatan dalam
bidang perniagaan ialah keinginan mencapai kebebasan dan kepuasan,
disusuli faktor-faktor lain seperti membantu menyara keluarga, inginkan
kekayaan, bercita-menjadi usahawan, ingin berdikari, tidak suka bekerja
makan gaji, minat menyertai perniagaan, mendapat peluang untuk berniaga,
sanggup menghadapi risiko, ingin menceburi usaha teroka baru,
rangsangan daripada kejayaan pihak lain, dorongan ahli keluarga,
memulakan perniagaan berdasarkan pengalaman dan desakan hidup
Secara
ringkasnya, penglibatan responden sebagai usahawan dilihat lebih
dipengaruhi oleh motivasi dan keinginan diri sendiri berbanding faktor
tekanan, desakan hidup atau paksaan pihak lain.
Faktor-faktor Penentu Kejayaan Usahawan dan Perhubungannya dengan Tahap Keuntungan Usahawan
Berdasarkan
hasil dapatan, dapat dirumuskan bahawa kejayaan seseorang usahawan
memperoleh keuntungan perniagaan bukan hanya ditentukan oleh
faktor-faktor lazim seperti saiz modal yang dimiliki, faktor keadaan
ekonomi dan saiz perniagaan (pekerja yang ramai) sahaja tetapi lebih
dipengaruhi oleh faktor usia semasa memulakan perniagaan, cara
pengurusan rekod dan kawalan kewangan, kemahiran perancangan, kemahiran
pemasaran dan tahap pendidikan usahawan itu sendiri.
Kejayaan
perniagaan pada usia muda dalam kalangan responden yang dikaji boleh
dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti tingkat kreativiti dan inovasi
pengusaha yang lebih baik, tingkat pendidikan generasi muda yang lebih
tinggi dan moden, kekuatan fizikal dan daya saing serta cara berfikir
yang berorientasikan masa depan.
Menurut
Lussier (1995), faktor-faktor yang kritikal kepada kejayaan usahawan
ialah faktor-faktor yang berkorelasi positif dengan purata tahap
keuntungan dan tahap keuntungan yang diperoleh usahawan. Berdasarkan
dapatan yang diperoleh, hanya terdapat empat faktor yang boleh dianggap
kritikal kepada kejayaan usahawan iaitu kemahiran perancangan, keadaan
ekonomi, pengalaman industry, dan pengalaman pengurusan.
Berdasarkan
penemuan ini, kajian menyarankan supaya para usahawan yang terlibat
dalam jenis-jenis sektor perniagaan yang dikaji dapat membina keupayaan
dalam perkara tersebut supaya berupaya memperoleh keuntungan perniagaan
yang lebih baik. Kajian ini turut menyarankan agar program pembangunan
usahawan yang dijalankan oleh agensi kerajaan dan swasta memberi fokus
kepada empat faktor kritikal kejayaan berkenaan selain memberi tumpuan
ke atas faktor-faktor kejayaan yang lain.
KISAH KEJAYAAN USAHAWAN JEPUN
Kegigihan yang ditunjukkan oleh usahawan jepun ini patut kita contohi kerana, beliau bukan sahaja gigih, malah turut bersabar untuk memperolehi kejayaan. Biarpun mengalami kerugian dan terpaksa menunggu terlalu lama, namun usaha yang gigih dan kesabaran tersebut telah membuah hasil yang sangat lumayan. Hari ini produk yang diusahakan telah dikenali ramai malah telah sampai ke negara-negara lain.

PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete